Kira harga ikut kos dan masa sebenar kau. Hantar sebut harga yang klien boleh terus tekan Terima. Tahu untung sebenar, sampai ke cukai.
Tak perlu daftar untuk guna kalkulator. Dalam BM & English.
Termasuk perjalanan dan editing, job ni 16 jam. Pada RM70 sejam, harga patut lebih kurang RM1,250.
Bukan sebab malas. Sebab harga diletak ikut agak-agak, dan kos yang tak nampak makan semua untung.
Shoot 2 jam, tapi edit, revision dan perjalanan ambil 14 jam lagi. Klien bayar untuk 2 jam.
Minyak, tol, fee Shopee, iklan, haus kamera. Harga "kos × 2" selalunya rugi.
Potong harga untuk kerja yang sama. Lepas tu kena ambil lebih banyak job untuk cukup bulan.
Satu aliran, dalam Bahasa Melayu, tanpa perlu faham perakaunan.
Ikut skop, jam, perjalanan dan kos. Dapat harga quote, sasaran dan minimum yang jangan diturunkan.
Satu link melalui WhatsApp. Klien buka, baca, dan tekan Terima. Kau dapat notifikasi.
Sebut harga jadi invois dengan satu klik. Rekod deposit 50%, dan tengok siapa belum bayar.
Bayaran invois masuk sendiri. Snap resit belanja. Laporan bulanan berbanding sasaran.
Ikut kadar LHDN, termasuk gaji & PCB untuk yang side hustle. Tahu berapa nak asingkan setiap bulan untuk Borang B.
Item, pakej dan terma siap untuk kerja kau. Pilih, dan terus kira.
Fasa beta: semua ciri Pro percuma buat masa ni
Ya. Kalkulator harga tak perlu daftar, dan nombor kau kekal dalam browser kau sendiri. Akaun cuma perlu bila kau nak simpan dan hantar sebut harga atau invois.
Tidak. Klien cuma buka link yang kau hantar dan tekan Terima. Mereka juga boleh simpan sebut harga atau invois sebagai PDF.
Tidak. Kami beri anggaran ikut kadar LHDN dan ringkasan rekod untuk kau isi Borang B sendiri di e-Filing, atau serahkan pada ejen cukai. Ia panduan, bukan nasihat cukai.
Krukita Group, syarikat Malaysia yang juga mengendalikan OfficeSurvivorMY. Baca kisahnya.