Terma & polisi refund
Dikemas kini 8 Oktober 2026.
1. Perkhidmatan
Cukup Kira menyediakan kalkulator harga, penjanaan sebut harga dan invois, buku tunai, laporan dan anggaran cukai. Perkhidmatan disediakan oleh Krukita Group. Semasa fasa beta, ciri boleh berubah.
2. Bukan nasihat profesional
Cadangan harga, laporan dan anggaran cukai adalah panduan berdasarkan maklumat yang anda masukkan. Ia bukan nasihat kewangan, perakaunan atau cukai. Anda bertanggungjawab ke atas harga yang anda tawarkan, dokumen yang anda hantar dan borang cukai yang anda isi. Rujuk akauntan atau ejen cukai berlesen untuk keputusan penting.
3. Akaun anda
Jaga akses ke email anda kerana ia digunakan untuk log masuk. Jangan guna Cukup Kira untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, menipu klien, atau menghantar spam.
4. Langganan
Pelan Pro dicaj bulanan atau tahunan melalui Curlec dan diperbaharui secara automatik sehingga dihentikan. Anda boleh berhenti bila-bila masa dalam halaman Langganan; akses kekal sehingga hujung tempoh yang telah dibayar.
5. Polisi refund
Bayaran langganan pertama boleh dipulangkan sepenuhnya jika diminta dalam 14 hari, dengan email ke support@krukitagroup.com. Pembaharuan seterusnya tidak dipulangkan, tetapi anda boleh berhenti sebelum tarikh pembaharuan.
6. Data & kandungan
Data dan dokumen anda kekal milik anda. Lihat Notis Privasi.
7. Had tanggungjawab
Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam 12 bulan sebelumnya.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.