Cukup.Kira
Tentang kami

Supaya kerja keras dibayar dengan harga yang patut

Ramai freelancer dan peniaga kecil di Malaysia letak harga ikut agak-agak. Lepas tolak minyak, tol, fee platform, iklan dan masa edit, untung sebenar jauh lebih kecil dari yang disangka. Bila harga rendah, kena ambil lebih banyak kerja untuk cukup bulan, dan akhirnya burnout.

Cukup Kira bermula dari satu job video sebenar: harga RM700 yang nampak okey rupanya cuma lebih kurang RM40 sejam selepas semua kos. Dari situ kami bina kalkulator yang kira harga ikut kos dan masa sebenar, kemudian sebut harga, invois, buku akaun dan anggaran cukai, semua dalam satu tempat dan dalam Bahasa Melayu.

Siapa di belakang Cukup Kira

Cukup Kira dibina dan dikendalikan oleh Krukita Group, syarikat Malaysia yang juga mengendalikan OfficeSurvivorMY. Pengasas: Saiful.

Hubungi kami

Email: support@krukitagroup.com