Cukup.Kira
Notis Privasi (PDPA)

Data anda, dijaga

Dikemas kini 8 Oktober 2026. Notis ini dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Siapa kami

Cukup Kira dikendalikan oleh Krukita Group ("kami"). Hubungi kami di support@krukitagroup.com.

Data yang kami kumpul

Kalkulator harga di laman utama tidak menghantar apa-apa ke pelayan kami; nombor yang anda isi disimpan dalam browser anda sahaja.

Kenapa kami guna data ini

Untuk menyediakan perkhidmatan (log masuk, menjana dan menghantar dokumen, laporan dan anggaran), memproses langganan, menghantar email perkhidmatan, dan menjaga keselamatan. Kami tidak menjual data anda dan tidak menghantar email pemasaran tanpa kebenaran anda.

Pihak ketiga

Data klien anda

Untuk data klien yang anda masukkan, anda adalah pihak yang mengawal data tersebut dan kami memprosesnya bagi pihak anda. Pastikan anda ada asas yang sah untuk menyimpan maklumat klien.

Berapa lama kami simpan

Selagi akaun anda aktif. Selepas akaun ditutup, data dipadam dalam 90 hari, kecuali yang perlu disimpan di bawah undang-undang.

Hak anda

Anda boleh meminta akses, pembetulan, salinan atau pemadaman data anda dengan email ke support@krukitagroup.com. Anda juga boleh memuat turun rekod buku tunai anda dalam format CSV pada bila-bila masa.